BRICS akronim kepada 5 buah negara iaitu Brazil, Russia, India, China dan South Africa. Kuasa ekonomi baharu ini bertujuan bagi mempererat hubungan ekonomi dan mengurangkan kadar kebergantungan kepada nilai matawang US dolar.
BRIC pada asalnya merupakan cetusan idea Jim O’Neill pada tahun 2001. Beliau meramalkan gabungan ini akan menyaingi kelompok G7 yang selama ini menjadi tonggak utama ekonomi dunia.
Pada tahun 2009, BRIC secara rasminya telah ditubuhkan dan sidang kemuncak pertamanya telah diadakan di Yekaterinburg, Russia pada 16 Jun.
Dalam kenyataan BRIC pada masa itu, mereka menekankan akan bekerjasama sesama mereka bagi menampan kemerosotan ekonomi dunia yang semakin meruncing pada masa itu.
” Kami komited untuk memajukan pembaharuan institusi kewangan antarabangsa, supaya mencerminkan perubahan dalam ekonomi global. Ekonomi sedang pesat membangun dan sedang membangun mesti mempunyai suara dan perwakilan yang lebih besar dalam institusi kewangan antarabangsa “
Untuk rekod, pada tahun 2008 telah berlakunya krisis ekonomi global. Krisis kredit yang teruk telah mengakibatkan bank-bank komersial dan pelaburan melingkup di merata dunia. Kadar pengangguran menjadi-jadi terutamanya dalam bidang kewangan, pembinaan, hartanah serta automotif. Dengan meningkatnya harga minyak petroleum, harga makanan juga turut naik.
“Kami juga percaya bahawa terdapat keperluan yang kuat untuk sistem monetari antarabangsa yang stabil, boleh diramal dan lebih pelbagai”.
Tambah mereka lagi, dunia memerlukan matawang antarabangsa tanpa terus bergantung kepada nilai sandaran US dolar.
Pada kemuncak sidang ketiga BRICS (2011) yang bertempat di Sanya. Afrika Selatan ( South Africa) telah dijemput oleh negara China dan sekaligus menjadi ahli BRICS secara rasmi. Ini melengkapkan akronim BRIC menjadi BRICS dan ianya kekal sehingga kini.
Ketika Kemuncak sidang kelima BRICS (2013) di Durban, semua ahli dalam BRICS bersetuju untuk menubuhkan sebuah institusi keewangan yang akan bekerjasama dengan IMF. NDB (New Development Bank) yang baharu ini bakal dilancarkan pada tahun 2014. China telah melaburkan $41 billion dolar, Brazil, India dan Rusia masing-masing $18 billion dolar, manakala Afrika Selatan pula telah melaburkan $5 billon dolar ke dalam NDB.
Dalam tahun 2012, BRICS juga merancang untuk membina rangkaian gentian fiber dasar laut. Tujuannya untuk menghubungkan negara-negara ahli, namun perancangan itu masih belum terlaksana sehingga kini.
Semasa sidang kemuncak BRICS ke-15(2024), gabungan ini terus berkembang bila Iran, Arab Saudi, Mesir dan Ethiopia secara rasmi diterima menjadi ahli . Sementara 13 buah negara lagi diiktiraf sebagai rakan kepada BRICS iaitu Algeria, Belarus, Bolivia, Cuba, Indonesia, Kazakhstan, Malaysia, Nigeria, Thailand, Türkiye, Uganda, Uzbekistan dan Vietnam.